Ibn Khafajah

'Ibn Khafajah (إبن خفاجة) atau Abu Ishaq Ibn Ibrahim Ibn Abu Al-Fath Ibn Khafajah (1058-1138/9) dari Alzira ialah salah seorang penyajak terkenal Al-Andalus semasa pemerintahan Al-Murabitun.[1] Beliau dilahirkan pada tahun 1058 di Alzira ( جزيرة شقر) berhampiran Valencia tempat dia habiskan kebanyakan daripada hayatnya.[1]Beliau memajukan puisi semulajadi ke tahap kecanggihan yang besar.[2] Puisinya termasuklah beberapa puji-pujian, contohnya kepada Yusuf ibn Tashfin yang dipujinya sebagai tanda terima kasih kerana baginda menyelamatkan al-Andalus daripada huru-hara dengan merampas kembali kawasan Valencia dari tangan kerajaan Kristian selepas penaklukan Valencia pada tahun 1109.[3] Semasa pengepungan kawasan sekitar Valencia oleh tentera Kristian sekitar tahun 1100, Ibn Khafajah melarikan diri ke Afrika Utara.[3] Dia kekal membujang tetapi mempunyai ramai kawan[3] dan hidup sehingga berumur lebih 80 tahun.[1]Menurut Salma Khadra Jayyusi, Ibn Khafajah mempamerkan, dalam beberapa puisinya, satu sikap revolusi terhadap bahasa, dengan menggunakan perbendaharaan kata yang tersendiri, yang Salma gambarkan sebagai "hangat dan mengghairahkan, yang dihantui dengan kemesraan manusia, bergelora dan prasangka terhadap kehidupan yang ganas di sekeliling beliau di dalam negara yang dilanda peperangan, terpegun dengan alam semulajadi dan selama-lamanya terpesona dengan keindahannya dan ketetapannya yang berkaitan dengan mutabiliti manusia."[2]Komposer Mohammed Fairouz menetapkan tiga puisi Ibn Khafajah kepada muzik dalam satu lingkungan muzik kamar yang ditulis bagi Cygnus Ensemble.[4]